PILGRIMAGE WITH AKHIL NETWORK (UMRAH OR HAJJ)






Akhil Network dengan kerjasama Muhammadyah Travel & Tours Sdn Bhd yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam pengurusan umrah atau haji, kini menguruskan umrah atau haji bagi para jemaah yang berminat untuk mengerjakan umrah atau haji ke Makkatul Mukarramah (Makkah). Pada 8hb. April, 2011, Akhil Network telah menjalankan hijrah umrah sulungnya yang digelar Kembara Sufi. Alhamdulillah, perjalanan umrah tersebut bukan sahaja memberi kesan spiritual kepada para jemaah malah dengan izin Allah, uhkwah yang terjalin berkekalan hingga pulangnya para jemaah ke tanahair. Talian kekeluargaan dirasai oleh semua. Akhil Network juga berasa sungguh bersyukur dan bertuah kerana kunjungan sulungnya itu disertai oleh rakan-rakan artis seperti Ustaz Radzi (bekas kumpulan rock Melissa-Cinta Untuk Nabila), Mawi dan Ekin beserta keluarga serta Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda sendiri. 
Kembara Sufi kedua akan bermula pada 16hb. Mac, 2012 dan merancang untuk menyambung lagi kembara tersebut pada bulan-bulan akan datang, insya Allah. Oleh yang demikian,sesiapa yang berminat boleh mengisi borang di bawah dan pihak Akhil Network akan menghubungi anda sejurus itu. Marilah sama-sama kita mengerjakan ibadah umrah untuk Allah dan menambahkan lagi ahli keluarga Islam kita dalam menghadapi pelbagai dugaan dan CUBAAN di akhir zaman ini.

di Hudaibiyah

Ustaz Akhil Hayy bersama Ketua Rombongan, Dato' Zain dan Ketua Logistik Akhil Network, En. Abdullah.

di Jabal Rahmah

Harga Pakej Bermula = RM5,490.00*
Setiap pendaftaran perlu disertakan dengan deposit tunai berjumlah RM500.00 @ RM1000.00* untuk tempahan tempat anda.
 
http://www.akhil2u.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...